Wednesday, September 25, 2013

Hadapi Dengan Senyuman Episod 2


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja


Bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah


Relakanlah saja ini
Bahawa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


Sila ulang lagi berserta menggunakan suara orkestra anda.. hahaha..
Cuba la.. mesti anda rasa annoying kat diri sendiri nanti..


Seriously, aku da mula rasa lain dengan kakak HR tu..
Sampai ramai kakak tanya nape aku diam, nape aku
tak join diorang makan, dan ada yang tanya aku takde
mood ke hari ni..


Okay kakak-kakak sekalian da mula caring kat aku..
Aku hargai tu.. sebab tu la bila aku mula rapat
dengan orang, orang akan mula caring.. dan
bila aku ade masalah mesti diorang dapat rasa..
bende ni la aku tak nak diorang rasa..
sebab aku nak hadapi sendiri..


Well aku yakin ini ujian dari Allah..
nak tengok aku mampu kawal emosi aku
dan tingkah laku bila orang buat aku macam tu..
takpe-takpe.. aku mampu..
Allah beri ujian yang Dia tahu hambaNya mampu
lalui ujianNya.. InShaAllah aku kuat...


Hari ni jugak aku lunch sorang-sorang kul 2, dan
dah nak hujung-hujung aku makan, tiba-tiba
F datang kantin beli air dan duduk kat depan aku..
Hilang gakla rase tekanan tu bila tengok muka F..
tapi aku pulak dapat rasa tekanan kerja F..
Walaupun dia senyum, tapi melalui mata dia
aku dapat baca apa yang dia lalui tiap-tiap hari..
F tak berapa selesa bila aku tau masalah-masalah dia
sebab kadang-kadang dia tak citer pun tapi aku tau sendiri..
aku tau sebab bila terpandang mata dia, terpancar apa yang 
dia lalui.. dan lepas aku pandang, mesti aku penat sangat..
seolah-olah kepenatan dia aku serap..


Ayat macam puitis kan ?
Tapi ni la fakta.. Dari kali pertama kali kitorang keluar,
dia cakap dia rasa selamat bila aku ade dengan dia..
Ye sebab ade orang tua yang bagitau, aku dengan
adik kembar dia yang jaga dia.. adik kembar dia
da lama jaga dia dan sekarang ni aku pulak..


Aku penah tanya adik kembar dia, penat tak jaga F
then adik kembar cakap, boleh tahanla.. 
dan adik kembar cakap yang aku pun boleh jaga dia..
cuma aku kene kuat.. aku tak boleh lemah bila dengan dia..


Ade orang pernah cakap, orang yang ade kelebihan
istimewa ni selalunya bawah mata dia lebam..
Dan sekarang ni da ramai yang perasan bawah mata aku..
padahal aku pakai mekap lebih kan kat mata tau tak nak
bagi orang perasan tapi ade gak yang pasan.. ciss


Aku tak cakap aku istimewa tapi aku bersyukur
mendapat kelebihan itu.. tak semua orang bertuah memilikinya..
cuma aku kene kuat.. dan kat tempat keje aku ni
dah ade yang test power kat aku..
aku tak nak tuduh sape-sape.. cuma aku boleh cakap
Jasad dan roh ni milik Allah..
Aku yakin dengan Allah.. hanya dengan IzinNya sesuatu
itu boleh masuk dan keluar.. dan aku mohon perlindungan
daripada Allah daripada terkena anasir jahat dan sihir..


Aku memang tak blaja jampi-jampi macam korang yang nak test power tu..
tapi aku ade ayat-ayat Al-Quran..dan sesungguhNya Allah Maha Berkuasa
atas segalanya.. ingat tu wahai manusia..


Aku perasan je ade yang terkejut aku datang kerja
dan masuk perhimpunan hari isnin baru-baru ni..
bukan aku taktau apa korang buat.. aku tau.. cuma
aku tak nak marah dan tak nak tuduh..
biar Allah yang balas segalanya.. marah pun bukan
dapat apa-apa pun.. T.T


Okaylah aku nak masuk tido dulu..
Assalamualaikum semua..
Sayang semua
Maafkan jika saya ada melakukan
kesalahan sewaktu saya mengenali anda semua
sama ada kesalahan yang disengajakan ataupun yang
tidak disengajakan. Sesungguhnya kehidupan
kita akan lebih tenang jika kita memafkan
kesalahan orang lain. Dan saya maafkan
segala kesalahan sesiapa sahaja pada saya.. :)













2 comments:

Anonymous said...

bagus lah macam tu.. jangan salah guna kelemahan yyerrr!

kem salam Nur Hannani Fitri Mazalan :)

meisnani said...

Anonymous : Waalaikumussalam :)

 
My LIfe ! Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template