Monday, May 06, 2013

Rutin harian yang baru ^_^

Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Alhamdulillah kita semua masih diberikan kesihatan yang baik...
Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita.. ^_^


Semenjak akhir ni, aku agak sibuk sehinggalah takde masa
untuk kemaskini blog ni.. rindu nak kemaskini dengan cerita-cerita
tentang kehidupanku.. Ye Allah mengurniakan 24jam tetapi masa itu
tidaklah aku gunakan untuk melayari internet sahaja..


Bila dah separuh bekerjaya (praktikal) ni badan terasa sangat letih
setiap kali balik dari kerja.. tapi aku tak boleh terus rehat.. kehadiran
Raisha (anak buah) menambahkan aktiviti harianku.. dia bukanlah beban
kepada ku.. tetapi dia sedang melatih aku untuk menjadi seorang yang
lebih matang..


Sebenarnya untuk menjadi matang, kita tidak semestinya berkawan
dengan orang dewasa sahaja.. tetapi lihatlah tingkah laku orang di
sekeliling kita tak kira la bayi, kanak-kanak mahupun rakan sebaya..
Matang bukan boleh diuukur dengan perkongsiaan sahaja tetapi dari
segi pencarian dan ujian..


Setiap kali aku balik dari kerja, ibu dan aku akan ambil Raisha dari
ibu dan ayahnya yg bekerja untuk menjaganya pula.. dan tugas aku
adalah memandikan dia.. melayani budak kecik ni memang hilang penat..
setiap kali selepas mandi, aku menyiapkan dia dengan menyapu minyak telon
pada tapak kakinya, dia mesti akan merenung aku dengan pandangan yg tajam..
dan di setiap kali itulah aku akan memberitahunya bahawa aku ikhlas
menjaganya.. mungkin dia memahami raut wajah ku yang penat kemudian
nak menyiapkannya pula..


Pernah beberapa ketika setiap kali aku menjaganya, orang yang melihat
caraku menjaganya pasti akan mengucapkan bahawa aku ada ciri-ciri seorang
ibu walaupun pada dasarnya aku kelihatan agak tegas namun kelembutan
tu tidak aku tunjukkan.. aku malu bila dipuji sedemikian kerana aku langsung tak
perasan cara aku melayaninya terlalu baik..aku akui setiap kali aku mandikan dia,
dia tak banyak ragam.. setiap kali nak pakaikan baju dia, dia elok je duduk diam..
setiap kali tidurkan dia, aku turut tertidur di samping dia dengan tangan di atas
badannya setelah mendodoikan dia..


Dan aku tak malu untuk mendukungnya di khalayak ramai walaupun ada
yang salah faham dengan mengatakan itu anak aku.. aku hanya mampu tertawa
melihat sikap orang yg tidak mampu menggunakan akal dan mulutnya dengan
baik.. apa salahnya bertanya pada aku sendiri ? aku tak kenakan bayaran
pun untuk setiap soalan yang ditanyakan..


Ibu pernah cakap bahawa ibu tidak risau jika aku sudah mempunyai anak
kelak kerana pasti aku mampu menjaga diri dan anak ku dengan baik.. Amin..
Tetapi ibu berpesan bahawa capailah ijazah dahulu sebelum memikirkan
soal perkahwinan.. kerana nak mendapat pekerjaan zaman sekarang ni
bukannya mudah.. semuanya memerlukan diploma dan ijazah.. dan aku akan
capai semua ini untuk bahagiakan ibu dan ayahku yang banyak bersusah
payah untukku.. aku akan membalas jasa mereka.. In Sha Allah..
kebahagian mereka melihat anak berjaya di dunia dan akhirat adalah kebahagian
aku jua.. ^_^


p/s: aku masih ambil berat tentang kamu walaupun kamu sibuk dengan duniamu..
untuk membimbing orang bukan sesuatu yang mudah.. tetapi aku takkan biarkan kamu
jatuh tersungkur walaupun kita tidak bersama.. kerana ikatan persaudaraan itu tidak
mungkin kan terputus..


0 comments:

 
My LIfe ! Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template