Friday, April 05, 2013

Selama aku praktikal ni....














Assalamualaikum..
Pagi ni nak cerita sket tentang pekerja-pekerja
yang aku kenal selama praktikal ni.. dan orang yang aku
ingin ceritakan ni adalah antara individu yang aku suka cara bekerjanya..^_^

Pn. Zamzam - Merupakan ibu aku sendiri. Beliau adalah penyelia untuk Unit Kaunter dan
Rundingan di Syarikat Syabas Wilayah Hulu Selangor. Beliau sangat teliti dalam menyiapkan report
sebelum di hantar ke HQ dan selalu banyak beralah pada pekerja bawahannya terutama sekali
berkenaan dengan pengambilan cuti. Beliau sanggup tak keluar makan hanya kerana tidak mahu
meninggalkan kaunter kosong dan membuat pengguna tertunggu-tunggu. Beliau sangat profesional
sewaktu berhadapan dengan pengguna-penggunan yang bermacam kerenah.

En. Ahmad Fuad - Merupakan bos di Syabas Wilayah Hulu Selangor. Beliau sangat disenangi
di kalangan pekerja-pekerjanya. Beliau sangat profesional dalam melaksanakan tugasnya supaya
syarikat sentiasa menjadi wilayah yang pertama di antara wilayah lain yg terdapat di dalam Syabas Selangor.Beliau seorang yang amat pemurah dan sangat-sangat low profile. Beliau adalah contoh yang terbaik untuk pekerja lain contohi. Peribadi beliau sangat menarik.

En. Lufman - Merupakan eksekutif muda di Syarikat Syabas Wilayah Hulu Selangor. Beliau berasal dari negeri Sarawak. Orangnya putih dan hensem.. Umur dalam linkungan 20an dan belum berkahwin. Beliau seorang diantara yang memeriahkan pejabat. Beliau selalu belanja makan untuk pekerja-pekerjanya. Baru-baru ni pun beliau ade belanja aku, Kak Fatin dan Ishfa` untuk jamuan makan yang akan diadakan pada minggu hadapan. Beliau seorang yang sangat kemas orangnya dan sedap mata memandang. Mengenali beliau menyedarkan aku bahawa aku tidak perlu tergopoh-gopah mencari pasangan hidup sewaktu sedang belajar. Mengenali beliau juga membuatkan aku rasa penting untuk aku mencapai dan miliki apa yang aku mahukan dan barulah fikirkan soal kahwin.

En. Izham - Merupakan penyelia untuk latihan industri aku di pejabat ni. Beliau berumur 28tahun dan sudah berumah tangga. Beliau sangat manis dan tinggi orangnya. Beliau banyak mengajar aku perkara-perkara mengenai dunia ICT. Apa yang aku pelajari tak sama seperti apa yang aku lalui di pejabat ini. Dan beliaulah yang banyak memberi tunjuk ajar. Beliau juga sering membawa aku ke Pusat Operasi dan Pejabat JKR untuk membuat servis pada komputer. Beliau mempunyai sikap yang teliti sewaktu membuat kerja dan tidak suka tergesa-gesa dan berusaha sampai dapat sesuatu yang diinginkan.

Pn. Norlyana - Merupakan pekerja di bahagian Unit Kewangan. Beliau sudah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang anak. Beliau antara individu yang terapat dengan aku. Beliau sangat baik dan berterus-terang. Beliau sangat penyabar dan tak suka masuk campur urusan orang lain. Beliau sangat komited pada kerja-kerjanya. Bak kata orang " bercakap-bercakap gak tapi tangan jalan ". Beliau suka bercerita dengan aku dan aku sangat menghormati beliau sebagai seorang kakak. Beliau juga ada mengajar aku serba sedikit mengenai kewangan.


Mereka yang aku senaraikan ni adalah diantara pekerja yang aku KAGUM DAN SAYANG !!! ^_^
Dan jika suatu hari nanti aku jadi BOS seperti mereka, aku ingin punya peribadi seperti mereka dimana mereka sangat disenangi dan dihormati pekerja lain. Mudah-mudahan Allah buka jalan aku menuju kejayaan dunia dan akhirat. Amin.


0 comments:

 
My LIfe ! Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template